CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, January 18, 2010

ayau

Pengurusan sumber manusia yang strategik adalah amat penting dalam mana-mana syarikat dan organisasi. Ianya penting untuk mencapai matlamat, visi dan misi yang telah ditetapkan oleh syarikat. Pengurusan yang strategik akan sentiasa memikirkan sebuah perancangan yang tepat dalam mencapai matlamat syarikat. Sepertinya, apa yang harus dilakukan untuk mencapai matlamat dan bagaimana cara untuk mencapainya.

Untuk mencapai matlamat syarikat adalah tidak semudah yang disangkakan. Oleh itu pengurusan yang strategik adalah sangat penting. Pengurusan ini bukan hanya berkaitan dengan proses bagaimana untuk mencapai matlamat samaada untuk jangka panjang atau pendek malahan ia berkaitan dengan bagaimana sesebuah organisasi menguruskan para pekerjanya untuk memastikan matlamat tercapai dengan jayanya.

Seorang pengurus juga penting dalam memastikan perjalanan pengurusan yang strategik berjalan dengan lancar dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Di mana seorang pengurus harus sentiasa memastikan para pekerjanya menjalankan tugas yang diberikan dengan cemerlang dan menghasilkan hasil kerja yang memuaskan dan menepati itipati syarikat. Malahan, para pengurus juga akan sentiasa mengawal dan menggunakan sumber secara efektif dan berkesan supaya dapat melaksanakan tindakan yang sewajarnya untuk mencapai misi dan visi syarikat.

Seperti mana yang kita sedia maklum, tenaga sumber manusia adalah antara sumber yang paling penting dalam mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Oleh itu, pihak pengurusan dan pihak atasan haruslah sentiasa memastikan tahap kepuasan kerja pekerjanya setiasa dalam tahap yang memuaskan dan sentiasa bersemangat dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan. Dengan menggunakan strategi dalam pengurusan sumber manusia, pekerja akan lebih berkemampuan untuk mencapai prestasi dengan cemerlang. Mereka akan mengetahui peranan mereka dengan lebih jelas. Dengan kesdearan ini, mereka akan dapat menyalurkan tenaga mereka dengan lebih efektif dalam menjalankan tugas masing-masing.



Dengan demikian, objektif strategik organisasi anda dapat dicapai. Organisasi anda berkemampuan untuk berjaya, dan dapat bertahan dan berjaya dalam masa panjang demi untuk kebaikan organisasi dan pekerja.

Pengurusan yang strategik bukan sahaja penting dalam memastikan matlamat tercapai malah ia nya penting dalam menghadapi persaingan dengan organisasi luar dan berhadapan dengan sebarang perubahan yang akan dan bakal berlaku. Oleh itu, misi yang ditetapkan haruslah sentiasa dalam jangka yang boleh dicapai dengan jaya nya. Ini bagi memudahkan pihak pengurusan membuat sebarang perancangan yang strategik bagi kebaikan kedua-dua pihak.

Selain itu, pengurusan yang strategik adalah diperlukan oleh sesebuah syarikat atau organisasi supaya setiap staf dapat mengenalpasti dan menentukan tugas yang sewajarnya dilaksana untuk menjadikan organisasi berjaya. Umumnya, organisasi yang berjaya ialah organisasi yang berupaya memberikan nilai dan manfaat kepada para pelanggan dan pemegang taruhnya.

0 comments: